BRIGED BESTARI SK ARAU

Thursday, February 11, 2010

MAJLIS PELANTIKAN BRIDGED BESTARI 2010

Tarikh : 8 Februari 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dewan SK Arau
Masa : 7.40 pagi
Seramai 28 orang ahli Briged Bestari 2010 telah menerima Sijil Watikah Pelantikan masing-masing yang disampaikan oleh Guru Besar, Tn Hj Adanan bin Long. Majlis diadakan semasa perhimpunan rasmi hari Isnin di Dewan SK Arau.
Ahli-ahli Briged Bestari telah dipilih melalui Borang Permohonan dan temuduga yang dijalankan oleh PK HEM dan Penyelaras Bestari. Ahli-ahli terdiri daripada 17 orang murid Tahun 4 dan 11 orang murid Tahun 5. Semoga dengan pemilihan dan pelantikan ini, mereka akan lebih bersedia dan dapat berkhidmat dengan efisien khususnya dalam bidang ICT.
Pelapor,
Pn Aniza bt Abdullah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home